Semenanjung Iberia
Semenanjung Iberia

Semenanjung Iberia

Semenanjung Iberia atau lebih dikenali sebagai Iberia sahaja merupakan sebuah semenanjung yang terletak di barat daya Eropah dan ia merangkumi kawasan negara berdaulat pada hari ini iaitu Sepanyol, Portugal, Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar. Semenanjung ini adalah salah satu daripada tiga semenanjung Eropah selatan (dua yang lain ialah Semenanjung Itali dan Semenanjung Balkan). Di selatan dan timur, ia bersempadan dengan Laut Mediterranean, dan di utara dan barat dengan Lautan Atlantik. Pergunungan Pyrene membentuk pinggir semenanjung ini, menjadikan ia bersambung dengan bahagian Eropah yang lain.Di selatan, ia mendekati pantai utara Afrika. Semenanjung ini adalah semenanjung kedua terbesar di Eropah dengan keluasan 582 860 km². Nama "Iberia" juga telah digunakan sejak zaman Yunani dan Rom Purba untuk sebuah wilayah lain di sudut bertentangan dengan Eropah, Iberia Caucasian, dalam negara Georgia sekarang.